Isnin, 28 Mei 2012








Subhanallah...moga kita sama2 bawa imej Islam ke persada dunia.

Dr Afifi Al Akiti menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 34 tahun. Beliau anak melayu pertama yang menjadi pensyarah di Universiti Oxford. Latar belakang beliau dari pendidikan asas di Selangor seterusnya ke sekolah pondok di Indonesia, Maghribi dan Syiria. Beliau juga dilantik menjadi imam di Ireland.
Meraih ijazah pertama dalam Bidang Falsafah Nasrani.
Beliau juga mampu menguasai 7 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Perancis, Latin, Arab, Inggeris, Jerman, Yunani.

Selasa, 22 Mei 2012

Masa yang sesuai untuk minum air

Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..

*Klik LIKE dan Share dengan rakan anda jika anda suka :)

Jumaat, 11 Mei 2012

cara sembuhkan rabun


Untuk mereka yang berkaca mata.

Petua dan penawar dari Ustaz Sharhan Shafie

Nota :

1) 21 Baby carrots yang telah dibaca ayat tersebut bolehlah dimakan satu hari hanya satu batang, yang selebihnya bolehlah disimpan. Jika tidak mampu 21 batang boleh juga gunakan 14 atau 7 batang baby carrots.

2) Adalah sebaik-baiknya dimakan mentah.

3) Bagi sesiapa yang tidak mampu dengan cara mengunakan carrots, bole cuba kaedah kedua. Sila lihat video rujukan dua pada minit yang ke 5:20.

Rujukan : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=k-ia1DOlir8

Rujukan dua : http://www.youtube.com/watch?v=zUA7GKytTeE&feature=related

----
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (Surah Adz-Dzaariyaat, Ayat 55)

Isnin, 23 April 2012

Dihalau di Padang Mahsyar?











10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR

1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu
menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang
menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan
perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah
orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.
Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●

Ahad, 1 April 2012

‎~*.. Kisah ular hitam menunggu mayat ..*~



Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.

Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.

Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).

Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .

Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.

ALLAHuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu.

MasyaALLAH (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).

Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu …

Subhanallah. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya.

*Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga ALLAH swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaALLAH..

~*> INI BARU SEKSAAN DI DUNIA AKIBAT MELEWATKAN SOLAT….BAGAIMANA KALAU TAK SOLAT ??! naudzubillah...


By: Laa Afs

Jumaat, 30 Mac 2012

Kisah Comey Suami Isteri



ISTERI : abg ape kte mlm
ni kte xpyh tdo sme2..
abg tdo lua, ayang tdo
dlm blik..

SUAMI : knpe syg..

ISTERI : ha.. ayang ade 1
prmainan, ayang catatkn
smue kburukan abg sbyk
mgkin dn abg pun
catatkn tntg kburukan
ayang sbyk mgkin!esok pg
kte bace blik tntg ape yg
kte dah tulis tu..

SUAMI : ok..

> > mlm tu si
isteri senaraikan tntg
kburukan suami die smpai
xtdo.. suami die di ruang
tamu pun x
tdo...hgga ...ke pg wktu
sarapan,,

ISTERI : ha, mcm mne, spe
nk mulakn dlu???

SUAMI : ayang dlu
mulakn..

ISTERI : ok abg dgr tau,
(sambil mngeluarkn 2,3
helai kertas yg dicatat
nya mlm td)..

ISTERI : abg x romentik...
abg x pndai pujuk.. abg
bla bla bla.. bla bla bla..
ok dah, skang abg plak..!

SUAMI : (die mngeluarkn
3,4 helai kertas yg
kosong...) abg mntak
maaf... takde ape yg abg
dpt senaraikn tntg
kburukan ayg.. sbb abg
trima ayg seadanya.. dan
sgala kburukan ayg abg
sentiasa maafkn.. dn abg
mntak maaf klau abg
xsempurna di mata
ayang...

> > si isteri trgamam
dn air mata jatuh
brlinangan,,, terus die
peluk dan mmohon
ampun pd suami nya.. die
mnyesal,, krna tlh
mlukakan hati suami
nye.. die juga sedar dan
brsyukur.. bhawa suami
nya adalah insan yg
terbaik yg tlh dianugerah
kn untuk-Nya..

Rabu, 28 Mac 2012

assingment 2 (excel)

Tugasan Excel  
tugasan excel

Muslim Kids


‎"We do not raise our children for them to provide for us. We raise them to worship Allah." ~ [Shaykh Ibn 'Uthaymeen] ► A Muslim Child’s Way of Life - Visithttp://blog.iloveallaah.com/?p=3144 to download this book. Please download it, print it and give it your kids. We should teach them Islam from very early age oflife. May Allah make our next generation more righteous. Ameen ► Allaah says (interpretation of the meaning): “O you who believe! Ward off from yourselves and your families a Fire (hell) whose fuel is men and stones, over which are (appointed) angels stern (and) severe, who disobey not, (from executing) the Commands they receive from Allaah, but do that which they are commanded.” [al-Tahreem 66:6] Parents! Take a snap of your kids reading Qur'an, making Dua, offering Prayer, doing any other activities wearing Islamic Dress... and Post it on our page wall NOW! Don't forget to put the description. We will then post it on our main Album ! Visit http://i.iloveallaah.com/ywvov to know How to Raise Righteous Children.

Ahad, 25 Mac 2012

Ingatlah 4 ini bila mana kita jatuh sakit...


Apabila seorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan utuskan 4 orang maLaikat :
✦ MaLaikat pertama akan mengambiL seLera makanan.
✦ MaLaikat kedua akan mengambiL rezeki.
✦ MaLaikat ketiga akan mengambiL kecantikan wajah (muka pucat).
✦ MaLaikat ke-empat akan mengambiL dosanya.


ApabiLa sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh maLaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi baLik apa yang diambiL oLeh mereka.. Tetapi ALLAH tidak menyuruh maLaikat keempat supaya memberi baLik dosa hamba-Nya tersebut. .
# Lihatlah bertapa sayangnya ALLAH terhadap kita,
 

Isnin, 19 Mac 2012

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA

alangkah untung nye mnjdi seorg wanita. mgpa perlu mnjdi lelaki ( tomboy, pengkid) sdgkan byk klbhan seorg wanita... renungkan
 

Isnin, 12 Mac 2012

Ajaibnya Tangan Ibu



Ketika kita lapar...
tanganibu yang menyuap,
Ketika kita haus...
tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...
tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...
tangan ibu yang menadah Syukur,
memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita dilanda masalah...
tangan ibu yang membelai..
Ketika kita mandi...
tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,
membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita mengantuk...
tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...
tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar,
ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...
di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan 
untuk menyirami jenazah
ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, 
sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi..
Hargailah dan sayangilah mereka selagi masih berkesempatan...

Nikah Gangtung?


Apa Itu Nikah Gantung?


Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

Ahad, 11 Mac 2012

Sebab kedalaman kubur berbeza

KENAPA KUBUR WANITA
DIGALI SEDALAM 7 KAKI
BERBANDING KUBUR
LELAKI 5 KAKI ?

Isteri : Abang, boleh
sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak
tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la
abang. Kenapa syarat
dalam Islam, bila lelaki
meninggal
dunia, kubur nya digali
sedalam 5 kaki tapi kubur
wanita berlainan digali
sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah
senang ja jawapannya tu..
(sambil tersenyum).

"Kalau nak tau Islam ni
agama yang sangat
prihatin dan bijaksana.
Sebenarnya sebab kubur
wanita digali lebih dalam
dari lelaki kerana jika
berlaku banjir, jenazah
wanita tersebut tak akan
terapung ke atas dan
akhirnya akan membuka
aurat jenazah. Islam
sangat menjaga aurat
kaum wanita, sampaikan
hingga nyawa dah
melayang dari jasad pun.
Islam masih melindungi
aurat kaum wanita."

Isteri : SubhanaAlLah.
Besarnya kuasa AlLah ya
abang.
Suami : *Hanya
tersenyum*

Wahai kaum wanita.
Tutuplah aurat mu
dengan sempurna, ketika
masih bernyawa. Kerana
InsyaAlLah, AlLah juga
akan membantu
melindungi aurat mu
walaupun nyawa sudah
tiada suatu hari
kelak..(Click Share if u like
this..^_^..)

JODOH

‎:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!

p/s ; gambar sekadar hiasan. :p
‎.boleh tag,share & like sesuka hati. ♥ .sharing is caring | berbagi itu indah. ♥


Sabtu, 10 Mac 2012

Sebab Ibu Sayang Kita

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..
Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)

Sila la share & tag gambar ni :)

Jumaat, 9 Mac 2012

Kenapa menangis?


      Kaum Wanita lebih sering menangis dari kaum lelaki dan ini membuatkan mereka lebih 
penyabar dari lelaki kerana selalu membebaskan diri dari tekanan.
 DrSoul's Quotes & Sayings Collections Sesiapa juga dibenarkan 
untuk Share apa juga Quote Bergambar - DrSoul

Khamis, 8 Mac 2012

Romantik

Suami tercium bau dari dapur..Apa agaknya disediakan isteri untuk minum petang..

Suami : (senyap2 datang kpd isteri dari belakang, lalu memeluknya) Sayang, masak apa tu?

Isteri : Abang! Terkejut sayang..Emm (menyenangi pelukan suaminya) sayang goreng cekodok ikan bilis kegemaran abang (tersenyum sambil sandar di badan suami yang memeluknya) Abang duduk dulu kt depan, nnti syg siapkan minum petang kita

—————————————————————————————-
Minum petang dihidangkan si isteri… http://bit.ly/A8LN9x

Suami : (berkerut dahi selepas minum air yang dituangkan isteri)

Isteri : Kenapa bang??Xsedep ke air syg buat?? (Lalu diminum air dalam cawan suaminya) Manis je ni bang. Kenapa?

Suami : (Diambilnya cawan tersebut dan minum dibekas bibir isterinya) Barulah MANIS! ^^

Isteri : Sje je abng ni kacau tau! (Cubit paha suaminya!) ^_^

Isnin, 5 Mac 2012

Mendapat Bantuan Allah ketika EXAM

Kisah Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan

Ini adalah kisah yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru

tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

wallahua'lam

Newsletter design

Newsletter about "Why we need to learn computers?"

Ahad, 4 Mac 2012

Sejarah Islam



RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI..


Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan


 istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.


KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki 



pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di 



seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah



 mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat


 pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya



 meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah 


berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya 


membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka



 keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama 


ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam


 bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai



 Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa 


Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh



 termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan



 khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan



 Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan



 walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia


 (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan



 Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?

Jumaat, 2 Mac 2012

Rahsia wanita dari bantal



1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
seni & manja . Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan.
Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
Mereka jarang membuat keputusan sendiri,
sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan
boleh menerima keadaan seadanya.
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik.
Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
Mereka tdk suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego. 


Read more: http://aliffcullen.blogspot.com/2012/03/kenali-rahsia-wanita-dari-bantal.html#ixzz1o29PChYU

Pelajar & Cikgu

Pelajaran


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru


 yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan

sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang


paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. 



Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.


Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih 



mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu


 petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu


 bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya.



 Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada



 di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu


 kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang


 paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak


 jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi


 dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya


 boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang



 yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut 


hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang


 lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang
.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan


 dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat


perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik


 dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik


 seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi,


 maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita 


dengan tulus dan ikhlas.