Isnin, 28 Mei 2012








Subhanallah...moga kita sama2 bawa imej Islam ke persada dunia.

Dr Afifi Al Akiti menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 34 tahun. Beliau anak melayu pertama yang menjadi pensyarah di Universiti Oxford. Latar belakang beliau dari pendidikan asas di Selangor seterusnya ke sekolah pondok di Indonesia, Maghribi dan Syiria. Beliau juga dilantik menjadi imam di Ireland.
Meraih ijazah pertama dalam Bidang Falsafah Nasrani.
Beliau juga mampu menguasai 7 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Perancis, Latin, Arab, Inggeris, Jerman, Yunani.

Selasa, 22 Mei 2012

Masa yang sesuai untuk minum air

Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..

*Klik LIKE dan Share dengan rakan anda jika anda suka :)

Jumaat, 11 Mei 2012

cara sembuhkan rabun


Untuk mereka yang berkaca mata.

Petua dan penawar dari Ustaz Sharhan Shafie

Nota :

1) 21 Baby carrots yang telah dibaca ayat tersebut bolehlah dimakan satu hari hanya satu batang, yang selebihnya bolehlah disimpan. Jika tidak mampu 21 batang boleh juga gunakan 14 atau 7 batang baby carrots.

2) Adalah sebaik-baiknya dimakan mentah.

3) Bagi sesiapa yang tidak mampu dengan cara mengunakan carrots, bole cuba kaedah kedua. Sila lihat video rujukan dua pada minit yang ke 5:20.

Rujukan : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=k-ia1DOlir8

Rujukan dua : http://www.youtube.com/watch?v=zUA7GKytTeE&feature=related

----
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (Surah Adz-Dzaariyaat, Ayat 55)